17 OKT : Sekurang-kurangnya empat banduan terbunuh dan 61 cedera dalam insiden kebakaran di penjara Evin di utara Tehran.
Kebakaran berlaku malam Sabtu dan seorang pegawai keselamatan Iran berkata “samseng” membakar gudang pakaian penjara mengakibatkan ramai banduan itu mati akibat terhidu asap.
Kepulan asap besar dan gelap dilihat berkepul-kepul berhampiran penjara dalam beberapa video di media sosial malam Sabtu.
Penjara Evin Tehran adalah kemudahan yang terkenal kejam di mana rejim memenjarakan penentang politik.
“Kini keadaan penjara terkawal sepenuhnya dan keamanan terpelihara di kompleks penjara dan jalan-jalan di sekitar penjara sedang dipantau dan terkawal,” kata Gabenor Tehran, Mohsen Mansouri.
Pegawai Iran berkata bahawa “perusuh” dipisahkan daripada banduan lain dan tahanan lain telah kembali ke sel mereka.
Setiausaha Agung Amnesty Antarabangsa Agnes Callamard dalam ciapan Twitternya berhubung perkara itu memberi peringatan kepada pihak berkuasa Iran tentang “kewajipan undang-undang mereka untuk menghormati dan melindungi” nyawa banduan selepas kebakaran.
“Konflik banduan hari ini tiada kaitan dengan rusuhan baru-baru ini, dan pada asasnya, wad yang berkaitan dengan banduan keselamatan adalah berasingan dan jauh daripada penjara pencuri dan banduan kewangan di mana kebakaran dan konflik berlaku,” kata Salehi.