17 OKT : Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan esok hingga Khamis ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan hari ini memberi amaran bahawa angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan.
Orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui lawan web, aplikasi mobil MyCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia serta talian hotline 1-300-22-1638.