17 OKT : Penghulu Kampung Orang Asli atau Tok Batin akan mendapat pemberian sekali beri sebanyak RM1,000 melibatkan peruntukan sebanyak RM624,000.
Pemberian itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia menghargai jasa dan tenaga mereka dalam pembangunan dan adat warisan masyarakat Orang Asli.
”Kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan pada pembangunan infrastruktur, malah turut fokus kepada pembangunan ekonomi bagi masyarakat Orang Asli.
“Ini jelas dibuktikan menerusi Bajet 2023 apabila kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk membangunkan ekonomi bagi Orang Asli.
“Untuk belia masyarakat Orang Asli pula, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan membuka sebuah pusat latihan khusus bagi belia di Tapah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama peserta Felcra, pekebun kecil RISDA, Tok Batin dan Penghulu Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Jelas beliau, ia membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan sumbangan masyarakat Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.
”Kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan pada pembangunan infrastruktur, malah turut fokus kepada pembangunan ekonomi bagi masyarakat Orang Asli.
“Ini jelas dibuktikan menerusi Bajet 2023 apabila kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk membangunkan ekonomi bagi Orang Asli.
“Untuk belia masyarakat Orang Asli pula, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan membuka sebuah pusat latihan khusus bagi belia di Tapah,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama peserta Felcra, pekebun kecil RISDA, Tok Batin dan Penghulu Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Jelas beliau, ia membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan sumbangan masyarakat Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.