19 OKT : Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Selasa kembali meningkat kepada 1,873, berbanding 1,210 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,425 kes dengan 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,022 pesakit mendapat rawatan di hospital 31 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 12 memerlukan alat bantuan pernafasan dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, (PKRC).
Sementara itu, tiga kes kematian dicatat semalam dan tiada kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan, ‘brought-in-dead’ (BID).