20 OKT: Kenyataan terkini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan calon Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kekal milik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berjaya meningkatkan keyakinan pelabur.
Semalam The Edge Markets melaporkan Bursa Malaysia mencatatkan lonjakan empat hari berturut-turut melepasi paras 1,400 mata.
Ahmad Zahid sebelum ini menegaskan UMNO sudah buat keputusan di peringkat parti, bahawa Ismail Sabri ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri selepas PRU15.
” (ini) adalah muktamad seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO,” kata Ahmad Zahid selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Bagan Datuk pada 16 Oktober lalu.
Momentum ini dijangka bakal terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor termasuk keyakinan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang diyakini mampu membawa kestabilan serta kemakmuran kepada Malaysia.
Selain itu, pelabur juga dilihat yakin terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang membawa kestabilan kepada negara ini.
Utusan Malaysia pada 29 September 2022 melaporkan Bursa Malaysia ditutup rendah dengan indeks petunjuk pasaran jatuh di bawah 1,400 mata dalam keadaan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan global.
Ia juga dipercayai kesan daripada ketidaktentuan politik yang melanda Malaysia ketika itu.