20 OKT : Kementerian Kesihatan Filipina mengesan jangkitan COVID-19 subvarian XBB dan XBC di negara itu kelmarin dengan 81 kes dicatatkan di wilayah Visayas Barat dan Davao.
Sementara itu, 193 kes XBC dikesan di Visayas Barat dan sembilan wilayah lain.
Timbalan Setiausaha Kementerian Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, barkata daripada 81 kes XBB, 70 pesakit sudah pulih, manakala lapan lagi sedang menjalani kuarantin.
Beliau juga memaklumkan, varian XBC pula menyebabkan lima individu yang dijangkiti virus itu meninggal dunia, 176 yang lain pulih, dan tiga lagi masih dikuarantin.
Subvarian XBB yang pertama kali dikesan di India pada Ogos lalu, kini menular ke lebih 17 negara di seluruh dunia.
Antara negara lain yang terjejas adalah Singapura, Australia, Bangladesh, Denmark, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).