nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahdzir optimis ada kemahuan baharu Kedah kembali kepada BN

20 OKT : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid optimis ada kemahuan baharu dalam kalangan pengundi di Kedah untuk beralih angin kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini.

Menurut Mahdzir, keyakinan beliau perkara itu adalah berdasarkan trend sikap pengundi Kedah yang secara tradisinya akan memilih antara dua parti dominan di negeri itu, iaitu BN atau PAS.

“Sejak merdeka, BN mentadbir Kedah sehinggalah berlaku pergolakan politik pada 1999 yang menyaksikan tampuk kepimpinan beralih kepada Pas dan ia saling bertukar tangan sejak itu.

“Kemudian datang 2004, BN bawah pimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) datang dan ambil balik (penguasaan kerajaan negeri Kedah).

“Pada 2008 pula, Tun Daim antara orang yang awal meramalkan beberapa negeri akan kalah termasuk Kedah dan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar.

“Tahun 2013, dia pusing balik dan 2018 tempoh hari adalah waktu gelombang besar lah dengan macam-macam hal yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengetuai sebelah sana, jadi BN kalah.”

Justeru, pada PRU  kali ini, beliau yakin pusingan itu akan kembali kepada BN di mana beliau merasakan rakyat mahu lihat semula apa yang boleh dibawakan oleh BN andai kembali menjadi kerajaan negeri.

“Kita nampak ada riak pada ‘pendulum’ itu, sebab waktu 2018 itu ayunannya ke sebelah kiri terlalu kuat, ia pergi semua sekali termasuk penyokong UMNO-BN sendiri pun pergi.

“Tapi ‘pendulum’ itu sudah kembali ke tengah dan ia macam nak datang balik (kepada BN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI bersama hos Nazri Kahar pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar rakyat mengambil peluang dalam PRU ke 15 kali ini untuk memilih kerajaan yang benar-benar stabil bagi memacu kemajuan negara ke tahap yang lebih baik.

“Negara kita adalah negara yang sedang membangun, menuju kepada satu tahap yang dianggap setanding dengan negara-negara lain.

“Justeru itu, kita mahukan sebuah negara yang stabil. Kita tidak boleh jadi caca merba. Jika negara stabil, keyakinan orang luar akan bertambah untuk melabur, dan hubungan antarabangsa sama ada hubungan perniagaan atau hubungan diplomatik akan menjadi lebih baik.

“Untuk mencapai semua itu, kita perlu sebuah negara yang lebih stabil, jadi kita akan lihat bagaimana rakyat mengundi pada PRU kali ini untuk mencapai matlamat itu,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.