20 OKT : Pembahagian kerusi membabitkan parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih lagi di peringkat perbincangan setakat ini.
Perdana Menteri UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun ia belum dimuktamadkan, pengerusi perhubungan UMNO negeri sudah mengemukakan nama-nama calon minggu lalu.
“Perbincangan masih diteruskan untuk memilih calon daripada UMNO. Belum selesai lagi. Kita ada banyak lagi pembahagian kerusi dengan komponen, masih dalam perbincangan.
“Pengerusi perhubungan sudah pun membentangkan cadangan mereka. Jadi kita akan buat penilaian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 di Dataran Merdeka.
Pada Khamis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU15.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala hari pengundian awal pada 15 November.