20 OKT : Senarai calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dimuktamad dalam masa sehari dua lagi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, masih ada masa sebelum perkara itu dimuktamadkan kerana tarikh penamaan calon ialah pada 5 Nov depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Sudah tidak banyak perkara yang nak diselesaikan bagi perkara itu,” katanya yang juga Menteri Luar Bandar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB di sini hari ini
SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.