22 OKT : Kes baharu jangkitan COVID-19 dalam negara pada semalam menurun ke 2,256 berbanding 2,561 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 26,526 kes dengan 95.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,054 pesakit mendapat rawatan di hospital.
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, empat kes kematian dicatat semalam. Satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan, ‘brought-in-dead’ (BID).