25 OKT : Sebelas mangsa, termasuk kanak-kanak, maut dalam kebakaran sebuah sekolah di penempatan luar bandar berhampiran ibu negara Uganda, Kampala.
Menurut jurucakap polis, Luke Owoyesigire memaklumkan insiden semalaman itu berlaku di sekolah untuk golongan buta di daerah Mukono, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Masalah kebakaran di sekolah kerap menjadi kebimbangan pegawai pendidik di negara Afrika Timur.
Pada 2020, dua asrama di sebuah sekolah berasrama yang terkenal di Kampala musnah dalam kejadian berasingan. Bagaimanapun, tiada individu dilaporkan cedera.
Pada 2008, seramai 19 pelajar terkorban dalam kebakaran yang tercetus pada malam di sebuah sekolah berasrama berhampiran Kampala.