28 OKT : Jepun mengesan wabak pertama selesema burung untuk musim ini pada 2022, dengan strain ‘sangat patogenik’ di ladang ayam di pulau utama Honshu, dan turut ditemui di pulau Hokkaido.
Kira-kira 170,000 ayam bertelur di sebuah ladang di bandar Kurashiki, Okayama dilupuskan dan jumlah yang sama ayam bertelur di ladang di bandar Atsuma di Hokkaido turut dilupuskan.
Kementerian itu menganggap orang ramai tidak akan dijangkiti selesema burung akibat memakan daging atau telur ayam.
Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno memberitahu media semua usaha akan dilakukan untuk langkah kuarantin yang diperlukan.