nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas ahli politik antara 11 ditahan babit kes pemerdagangan manusia

31 OKT : Seorang bekas ahli politik antara 11 individu ditahan polis kerana disyaki terbabit sindiket pemerdagangan manusia dengan berselindung di sebalik pusat pemulihan alkohol dan dadah di daerah Seberang Perai Selatan, Khamis lalu.

Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menerusi Op Pintas menyerbu pusat pemulihan itu kira-kira jam 12.10 tengah malam.

Bekas ahli politik berusia 50-an yang ditahan itu adalah pengasas kepada pusat pemulihan alkohol dan dadah yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) di peringkat Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN), namun kalah serta hilang wang pertaruhan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pada serbuan itu tujuh individu disyaki mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan dan seorang lelaki turut ditahan.

Katanya, siasatan juga membawa kepada beberapa siri serbuan dijalankan bersama IPK Kedah dan menahan seorang wanita serta enam lelaki, selain menyelamatkan tiga lagi mangsa.

“Susulan itu, satu lagi serbuan dijalankan di daerah Timur Laut pada jam 8.25 malam tadi dan berjaya menahan dua lelaki serta seorang wanita dan menyelamatkan tiga lagi mangsa.

“Keseluruhan mangsa diselamatkan seramai 13 individu berusia antara 22 hingga 62 tahun dan polis masih menyiasat dari mana mangsa berasal,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang,  hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan yang beroperasi hampir dua tahun lalu itu menyasarkan individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Katanya, semua mangsa yang diselamatkan dipaksa bekerja di kedai kereta, servis pendingin hawa, kedai kayu dan kedai makan tanpa dibayar gaji serta tiada cuti rehat.

“Pemeriksaan fizikal mendapati kebanyakan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat dipukul dan ada waris membayar antara RM1,200 hingga RM1,500 bagi membolehkan individu itu menjalani pemulihan di situ.

“Kita dapati pusat pemulihan dua tingkat itu tidak berdaftar dan bekas ahli politik itu adalah pengasasnya malah polis juga masih menyiasat mengenai pemilikannya,” katanya.

Beliau berkata, antara barangan dirampas ialah rotan, rantai besi berserta mangga, paip pvc, besi penyambung katil, komputer riba, telefon bimbit, dokumen dan jaring besi bersama kad penghuni.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.