1 NOV : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti gabungan itu akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara itu diumumkan beliau pada majlis pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.
Menurut Muhyiddin, BERSATU akan bertanding 74 kerusi, PAS (64), GERAKAN (20), dan Bersekutu (11).
Bagi kawasan DUN, katanya, PAS bertanding di 57 kerusi, GERAKAN (14), BERSATU (41) dan Bersekutu (empat).
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata calon PN untuk PRU15 di Kelantan dan Terengganu tidak akan diumumkan malam ini, sebaliknya pada satu tarikh lain.