1 NOV : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis pengumuman calon BN di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Center malam ini.
Pengumuman itu menoktahkan tanda tanya di mana kawasan Parlimen bakal ditandingi KJ memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.