nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : Kempen Pilihan Raya

Paparan saya pada hari ini hanya lontaran spontan apa yang ada dalam lintasan hati dan fikiran saya. Moga para pembaca menikmati tulisan ini dan mendapat manfaat, walaupun sedikit.

Selepas pengumuman calon Pilihan Raya 15 bagi gabungan dan pelbagai parti politik malam tadi pastinya debaran pilihan raya semakin kencang.

Sementara itu beberapa hari lagi penamaan calon akan berlangsung dan bermula pada hari itu, parti-parti dan calon mereka akan berkempen.

1. Apa maksud dan tujuan kempen?

Kempen pilihan raya adalah satu proses pilihan raya, tidak kira pilihan raya apa sekalipun.

Dalam proses ini parti politik atau calon itu sendiri cuba meyakinkan para pengundi tentang kebolehan atau keupayaan mereka untuk melaksanakan amanah memimpin.

Tujuan utama kempen ialah supaya pengundi memilih mereka. Justeru itu, dalam kempen mereka, parti-parti atau calon-calon mereka akan menampilkan parti atau diri mereka sebagai yang terbaik.

Mereka menggunakan strategi masing-masing bagi mencapai hasrat menanam kepercayaan pengundi, memenangi hati pengundi, mendapat undi dan seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi.

2. Apakah strategi kempen yang biasa digunakan?

Antara strategi kempen yang biasa digunakan ialah kempen rumah ke rumah, kempen selama 24 jam dari masa tarikh penamaan calon sehingga malam terakhir sebelum pilihan raya, tiada sekatan untuk berkempen menggunakan internet, tiada had menggunakan flier dan penggantungan poster dibenarkan di merata tempat selagi tidak mengganggu ketenteraman atau keselamatan awam.

Sementara itu terdapat peraturan tertentu dalam proses Pilihan Raya ini, termasuklah peraturan tentang siapa yang bertanding, siapa pengundi, bagaimana berkempen dan berapa jumlah wang yang digunakan.

Dalam proses ini kempen adalah berkisar tentang isu dan cara berkempen, positif atau negatif iaitu dengan cara positif, tiada serangan dan negatif, dengan melakukan serangan ke atas calon lawan, (sama ada penyandang kerusi atau bukan penyandang)

Calon bebas memilih strategi masing-masing dan mungkin parti politik masing-masing meletakkan dasar untuk memilih isu dan strategi untuk berkempen.

Mereka seterusnya akan menekankan pada isu yang dipilih dan memastikan ia sampai dan difahami oleh para pengundi, dan seterusnya berjaya memenangi hati pengundi untuk ‘memangkah’ calon atau parti tersebut ketika membuang undi nanti.

Justeru itu, parti atau calon melihat kepada kecenderungan pengundi mereka (terutamanya median voters) dan mereka memainkan isu mengikut kecenderungan pengundi.

3. Apa kaitan Kempen dan Manisfesto

Dalam proses berkempen, pihak-pihak akan menyebarkan manifesto masing-masing sebagai salah satu daripada strategi berkempen.

Manifesto adalah pernyataan bertulis yang diwacanakan kepada awam tentang suatu kepercayaan, dasar dan segala apa yang mahu dilaksanakan oleh parti politik berkaitan sekiranya mereka memenangi suatu pilihan raya.

Justeru, manifesto dianggap sebagai surat cara parti untuk disampaikan kepada para pengundi atau rakyat keseluruhannya.

Ringkasnya manifesto adalah ‘aku janji’ parti-parti politik.

Manifesto biasanya ditulis dalam bentuk penyataan tentang isu kritikal yang mahu disampaikan atau dilaksanakan. Manifesto bukan hanya untuk pengundi calon atau parti berkaitan sahaja, tetapi ia adalah untuk negara.

Manifesto juga memperkenalkan moto atau tagline tertentu untuk memudahkan pengundi faham dan yang utama juga ialah untuk menjadi popular, bahkan menjadi fenomena.

Dalam pengalaman negara, terdapat manifesto yang menyatakan hasrat parti politik itu rasional, atau boleh dilaksanakan dan ada juga manisfesto yang membuat penyataan yang tidak rasional atau tidak mampu dilaksanakan.

Apa yang perlu kita tahu tentang manifesto ialah, ia seharusnya berbentuk ‘hala-tuju’ atau purpose driven dengan mengutamakan ‘permasalahan dan penyelesaian’.

Perkara ini penting bagi menunjukkan keupayaan parti untuk mengenal pasti masalah atau cabaran yang dihadapi oleh negara dan seterusnya memberikan cadangan yang rasional bagi menyelesaikan masalah atau cabaran yang dihadapi oleh negara.

Sebagai pengundi, kita belajar untuk terus rasional dalam menilai dan memahami serta membandingkan manisfesto parti-parti politik.

Saya harap, tiada lagi parti politik yang mengabaikan manifesto mereka sekiranya memenangi pilihan raya nanti walaupun secara undang-undang parti-parti politik tidak terikat dengan aku janji mereka dalam manifesto tersebut.

Namun, kata pepatah, kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

4. Apa Peranan Media dalam Kempen Pilihan Raya?

Dalam apa juga keadaan atau suasana, media sentiasa menjadi mekanisme utama. Media juga boleh membantu calon mengetengah dan menyampaikan isu-isu tertentu untuk dijadikan bahan kempen beliau dan parti politiknya.

Memperjuangkan media yang jujur dan amanah dalam menyampaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan ‘mata kasar’ oleh para pengundi adalah antara perkara yang elok dilakukan.

Pastinya terdapat berita atau cerita disebalik suatu keadaan. Media boleh menyampaikan berita ini kepada pengundi sehingga membolehkan mereka faham tentang keadaan atau duduk perkara yang sebenar.

Bermula Pilihan Raya 12, 13 sehingga 14, dan pasti ke-15 ini, media yang menggunakan internet mempunyai pengaruh besar dalam kempen Pilihan Raya, bukan sahaja bagi menyampaikan maklumat, tetapi juga membuka ruang interaksi politik.

Ia mengembangkan lagi kebebasan bersuara yang sukar dikawal walaupun terdapat undang-undang berkaitannya.

Sementara itu para pengguna jaringan internet juga tidak seharusnya menyebarkan berita atau perkara negatif secara melampau dalam kempen pilihan raya sehingga menimbulkan fitnah dan menggugat keperibadian mulia dan hilangnya kesopanan dan kesusilaan.

Saya tahu dan saya sedar, kata-kata saya ini agak ideal dan mungkin kata-kata sebegini sekadar mencurah air ke daun keladi, namun, itulah tugas seorang pendidik. Saya perlu nyatakan ini.

Akhir sekali, sebagai rakyat, saya inginkan calon yang dapat menyelesaikan cabaran atau masalah bagi negara dan pada masa dapat mengekalkan nilai-nilai serta hasrat dan tujuan Perlembagaan.

Menghormati dan melaksanakan peruntukan Perlembagaan adalah antara syarat dan tugas utama kerajaan yang dipilih.

Sesungguhnya menjadi pemimpin atau kerajaan adalah amanah. Walaupun jawatan pemimpin dalam kerajaan atau sebagai wakil rakyat (walaupun tidak membentuk kerajaan) mempunyai kelebihan dan keistimewaan, tetapi kelebihan dan keistimewaan itu perlu diimbangi dengan amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz

Get real time updates directly on you device, subscribe now.