2 NOV : Penyandang kerusi Parlimen, Seri Shahidan Kassim memgesahkan akan tetap meneruskan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini walaupun terpaksa berdepan dengan tindakan parti, termasuk dipecat.
Ketua UMNO Bahagian Arau itu menegaskan, beliau tidak takut dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UMNO untuk tindakan disiplin termasuk dipecat daripada parti selepas ini.
“Saya sudah menjangkakan kemungkinan itu dan ini bukan parti miliknya yang hanya tahu pecat orang sana sini.
“Apa pun saya tak akan keluar parti tetapi akan meneruskan bertanding atas dasar tiket ‘calon boleh menang’ seperti yang dikehendaki parti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Datuk Seri Shahidan Kassim di Kubang Gajah, Arau, semalam.
Shahidan menjelaskan, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama ‘calon boleh menang’ yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi.
“Saya akan bertanding kerana disebabkan faktor ‘calon boleh menang’ maka disebabkan itulah saya akan terus bertanding.
“Bertanding atas tiket apa, saya akan tanya cawangan tetapi mereka lebih pilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional bersama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),” katanya.