3 NOV : Pengurusan sampah dan perparitan yang lemah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) perlu diselesaikan segera, sekali gus kepimpinan negeri itu juga perlu diubah kepada Barisan Nasional (BN).
Ini kerana menurut calon parlimen berkenaan, Datuk Johan Abd Aziz, masalah tersebut tidak selesai sehingga hari ini dimana banyak kawasan yang ditenggelami air sewaktu hujan meskipun tidak berlakunya banjir.
Jelasnya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terdiri daripada pimpinan PH.
“Ini isu yang hot di Hulu Langat, mengenai sampah sarap, ramai yang kecewa kerana tidak diurus dengan baik. Kita lihat, kerajaan negeri telah menswastakan anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad, di Dusun Tua pun sampah bertaburan dengan teruk sekali.
“Itu berada di bawah PBT dimana ahli majlisnya terdiri daripada orang PH, jadi patutnya mereka boleh menjalankan amanah sebaik mungkin,” katanya.
Tambah beliau, perancangan lebih komprehensif perlu diibuat supaya beberapa kawasan seperti Dusun Tua tidak ditenggelami air.
Ini kerana, jelas Johan lagi, meskipun hujan yang turun kini tidak terjejas sehingga berlakunya banjir, namun beberapa kawasan di Parlimen Hulu Langat akan tenggelam berikutan kawasannya yang agak rendah.
“Ini perlu diselesaikan dengan segera,” jelasnya lagi.