nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kestabilan politik penting untuk membangun ekonomi mulai 2023

4 NOV:  Pakar ekonomi menyifatkan kestabilan politik merupakan penentu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi Malaysia.

Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Profesor Madya Dr. Mohd Yusof Saari berkata pertumbuhan ekonomi yang diunjur menguncup pada 2023 dan 2024 nanti memerlukan tadbir urus yang cekap.

“Hampir pasti berlaku penguncupan ekonomi dunia pada tahun 2023 dengan jangkaan impaknya hingga 2024. Bank Dunia juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia 2022 menyusut kepada 2.9% berbanding 5.7% pada 2021.

“Keadaan lebih parah jika ekonomi dunia mencatat pertumbuhan negatif dan mengalami kemelesetan. Di sini perlunya tadbir urus ekonomi yang cekap demi pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Menurut beliau, tadbir urus yang tidak cekap semasa tempoh pandemik termasuk langkah penutupan perniagaan yang lama tanpa mengira aspek sosio-ekonomi menambah ‘kecederaan’ ekonomi.

Profesor Madya Dr. Mohd Yusof Saari

Sehubungan itu beliau menjangka, perubahan kepimpinan mampu memberi persekitaran yang menggalakkan kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.

“Beberapa bulan lagi kita akan memasuki tahun 2023 dan ini bermakna kita telah dekat menghadapi fasa krisis ekonomi global. Justeru itu, kestabilan politik diperlukan bagi menghadapi situasi tersebut.

“Keputusan pembubaran Parlimen bagi mendapatkan kestabilan politik adalah langkah tepat yang diambil bagi memastikan kesediaan Malaysia menghadapi krisis ekonomi tahun hadapan.

“Jika pilihan raya umum diadakan pada tahun 2023, kita berkemungkinan menghadapi risiko berganda iaitu ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi global,” katanya.

Sementara itu seorang lagi ahli ekonomi dari EU-ERA, Profesor Muzafar Shah Habibullah berkata untuk mencapai unjuran pertumbuhan 6.5% bagi tahun 2022, kerajaan yang memerintah mestilah berupaya, berdedikasi dan berpengalaman dalam memacu ekonomi negara.

Katanya, keberkesanan kerajaan dan kestabilan politik yang pernah dikecapi selama 60 tahun sebelum ini membolehkan kerajaan berpengalaman untuk mencapai pertumbuhan tinggi dan juga penurunan dalam kadar pengangguran, kestabilan inflasi serta peningkatan dalam gaji dan upah.

“Kadar pengangguran disasarkan 4.0% pada 2025 dan ini bermakna pada tahun 2022 kadar pengangguran akan menurun dibandingkan tahun 2021. Kerajaan yang cekap, berpengalaman dan stabil juga dengan dasar yang berkesan sudah tentu dapat mengekalkan inflasi pada purata 2.7 %;

“Dasar yang menyokong pasaran buruh juga dapat meningkatkan purata upah dan gaji pekerja untuk tempoh 2022-2025 pada tahap yang lebih baik,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.