5 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera, tiba di Dataran Kerayong kira-kira pukul 8.30 pagi ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Ketibaan Ismail Sabri tiba di Dataran Kerayong disambut 1,000 penyokong.
Cuaca mendung tapi cerah melancarkan proses penamaan calon di Bera pagi ini walaupun MeTMalaysia melaporkan cuaca dijangka hujan sepanjang hari dikebanyakan negeri
Ismail Sabri selesai menyerahkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera sekitar pukul 9.22 pagi ini.
Beliau diiringi pencadang, Datuk Mokhtar Mohd dan Muhamad Anib Sardi sebagai penyokong.