5 NOV : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagon Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh pada jam 9.13 pagi tadi.
Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu ketika berucap di hadapan ratusan penyokong BN menegaskan, meletakkan calon ‘giant killer’ di Perak bukan jaminan mereka mampu memenangi kerajaan negeri.
Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada kerusi Parlimen Tambun yang menyaksikan pemimpin tertinggi parti bertanding membabitkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin
Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) Dr Muhammad Faiz Na’aman tiba pada jam 8.30 pagi, diikuti oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Turut kelihatan di pusat penamaan calon ialah bekas anggota Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail yang juga anak lelaki Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas.