5 NOV : Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin bakal berdepan saingan 7 penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen tersebut.
Pertembungan tujuh penjuru itu membabit antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) serta dua calon bebas.
Calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen itu ialah Khairy Jamaluddin daripada BN, R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff serta Nurhaslinda Basri.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Jusni Hashim mengumumkan tempoh penyerahan kertas pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi.