7 NOV : FELDA masih lagi menjadi kubu kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berdasarkan majoriti undi yang besar kepada calon-calon BN sebelum ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya,
sejak sekian lama Felda telah menyumbang kepada kejayaan BN membentuk kerajaan, FELDA akan terus menjadi kubu kuat BN dalam Pilihan Raya Umun ke 15 kali ini.
“Saya percaya, Felda masih menjadi kubu kepada UMNO dan BN. Contohnya di Felda Sebertak ini, sejak dari dulu lagi sudah menjadi kubu kuat dan beri undi terbanyak kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
“Jadi pada PRU kali ini pun, saya yakin sekali lagi pengundi di Felda Sebertak boleh beri undi majoriti besar kepada calon BN. Begitu juga dengan tanah rancangan yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Kenduri Rakyat yang dihadiri 500 penduduk setempat di Dewan Semai Bakti Felda Sebertak, di Bera hari ini.
Turut hadir sama, calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Khairulnizam Mohamad Zuldin.