nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri sentiasa cakna nasib FELDA, baiki kehidupan generasi muda

8 NOV: Kempimpinan negara di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengembalikan hak warga FELDA sewajarnya selepas diabaikan sejak 2018.

Bermula harga sawit semakin pulih dan stabil sehingga ke soal perumahan untuk generasi muda, ia berlanjutan kepada bantuan usahawan-usahawan FELDA.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mengumumkan pelbagai inisiatif bagi memastikan generasi muda FELDA memiliki rumah selayaknya.

Malah katanya, calon Parlimen Bera itu tampil dengan pelbagai penyelesaian bagi permasalahan dihadapi peneroka dan belia FELDA.

Muhammad Fadzli Hasan

“Sebelum ini beliau umum penyediaan lot tanah untuk generasi kedua FELDA di mana mereka dapat beli dengan harga yang murah dan di Johor sahaja sudah 4,021 orang yang menerimanya.

“Kemudian PM umum peruntukan sebanyak RM60 juta untuk infrastruktur asas bagi tanah lot generasi kedua itu. Tapi kita ada berjumpa PM beritahu kesukaran untuk dapatkan pinjaman bank untuk buat rumah.

“Maka dalam Belanjawan 2022 dan Hari Peneroka yang lepas, diumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebanyak RM20 juta bagi membolehkan anak-anak peneroka yang tidak mempunyai slip gaji yang cukup atau yang baik untuk mendapatkan pinjaman bank. Kita dah mula laksana di Johor,” katanya kepada BBC Portal.

Malah katanya kini anak syarikat FELDA Felda Investment Corporation(FIC) Supplies menyediakan pakej perumahan ala Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan membantu membuat pinjaman bank melalui inisiatif SKJP.

Katanya lagi, Ismail Sabri juga mengumumkan skim sewa beli terhadap Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang sudah diduduki susulan masalah mendapatkan pinjaman bank.

“Melalui PGBF, FELDA bina rumah RM190,000 namun dijual hanya RM90,000 sahaja tapi tetap bermasalah untuk peserta ini mendapatkan pinjaman bank maka mereka menyewa dahulu dengan kadar berbeza RM300-500 sebulan.

“Contohnya di Felda Selancar, dah duduk 10 bulan bayar RM300 sebulan dan jumlah dah bayar RM3,000. Pada hari peneroka baru-baru ini, PM umum lagi nak jadikan rumah tu sewa beli maka RM3,000 yang sudah dibayar tadi akan dijadikan sebahagian harga rumah, bakinya tinggal RM87,000,” katanya.

Selain itu beliau juga menyentuh soal inisiatif Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) sebanyak RM10 juta diumumkan Ismail Sabri bagi membantu dari segi pengembangan perniagaan usahawan FELDA melalui platform di Shopee – Felda emall yang menghimpunkan produk-produk anak FELDA.

Menyentuh soal perbezaan harga sawit dahulu dengan sekarang, Fadzli yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) akui jauh berbeza.

“Sangat berbeza. Harga sawit jatuh teruk zaman Pakatan Harapan mentadbir negara hingga dapat RM300-400 per tan sahaja. Kebiasaannya RM500 ke atas bagi setiap tan. Ini berlaku sepanjang 22 bulan pemerintahan itu. Memang tak ada usaha untuk bantu peneroka naikkan harga.

“Apabila Datuk Seri Ismail Sabri menjadi PM dan Tan Sri Idris kemudi Felda, dengan strategi dan hubungan dengan luar negara dan sebagainya, akhirnya harga sawit kita meningkat tinggi.

“Ketika zaman PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) bergaduh dengan negara India sedangkan India ini pembeli utama sawit kita maka harga jatuh. Sekarang zaman DSIS harga sawit boleh sampai RM1,800 per tan. 

“Sawit ini periuk nasi kita, jadi jika cukup periuk nasi kita, kehidupan kita harmoni. Kita juga ada keperluan seharian dan bulanan yang nak dipenuhi kalau pendapatan bulanan bawah RM2,000, keperluan asas pun mereka tak boleh nak bayar,” katanya.

Sementara itu, bekas Presiden MBFM yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Anuar Manap berkata perancangan penghapusan hutang peneroka sudah direncanakan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) namun dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Perikatan Nasional.

“Nak hapuskan hutang ini bukan perancangan singkat, ia ambil masa lama sehingga dua ke tiga tahun kerana bilangan peneroka yang ramai. Kita ada 317 tanah rancangan seluruh negara dengan kira-kira 315,000 peneroka.

“Jadi kita tak boleh hapus hutang begitu saja kerana peneroka ini ada macam-macam jenis hutang. Ada peneroka hutang kebun, hutang dengan FELDA untuk sambung rumah dan sebagainya. Ada prosesnya yang ambil masa,” katanya.

Tambahnya perancangan berkait perumahan generasi kedua yang dirangka tidak dilaksanakan kerajaan PH sehingga BN mendapat kembali tampuk pemerintahan. –Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.