10 NOV : Sebanyak 3,267 jangkitan kes terbaharu COVID-19 di mana kes sebanyak 3,265 kes merupakan penularan tempatan manakala dua kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,937,020 kes
Data di laman web KKMNOW pula merekodkan 10 kematian akibat COVID-19 semalam menjadikan keseluruhan kes kematian meningkat kepada 36,514.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 34,829 kes aktif Covid-19, termasuk 91 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 63 daripada memerlukan bantuan pernafasan dan daripada jumlah kes aktif itu, 1,635 orang atau 4.7% menerima rawatan di hospital.