12 NOV : Barisan Nasional (BN) yakin mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk menawan kawasan panas seperti Titiwangsa dan Pagoh, seterusnya menerajui kembali kerajaan berdasarkan maklumat terkini kajian lapangan yang dilakukan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keyakinan itu berdasarkan jumlah stok pengundi putih di satu-satu kawasan dan kesiapsiagaan jentera serta keupayaan menguruskan krisis terutama selepas penamaan calon dan keupayaan gerak kerja jentera kempen.
“Kita sedang memerhatikan kawasan kita bertanding dan berjaya menguruskan ‘damage control’ di beberapa kawasan dan InsyaAllah kita mendapat 112 kerusi menghampiri angka majoriti mudah untuk kembali menjadi kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur hari ini.