13 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat memerhati
sepanjang tempoh berkempen dan pertikaian antara pemimpin boleh menimbulkan spekulasi berkaitan calon dan parti
Katanya fokus utama parti dan pemimpin parti ketika ini seharusnya adalah untuk memastikan kemenangan semua calon BN supaya parti memperoleh jumlah kerusi yang dominan bagi membentuk kerajaan Pusat.
Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO itu menggesa semua pihak mempamerkan semangat solidariti dan menjaga nama baik parti dalam berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
“Saya harap perkara-perkara lain itu diketepikan kerana yang penting solidariti dalam UMNO dan BN mesti ditonjolkan
“Apa pun yang kita buat, yang penting untuk kita sama-sama menjaga nama baik parti dan tingkatkan keyakinan rakyat kepada parti supaya menang menjadi parti dominan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program bersama penduduk di Kampung Batu Papan di Bera pada Ahad.
Beliau diminta mengulas ‘situasi panas’ antara Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan calon BN Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin yang saling berbalas kenyataan berhubung keputusan meletakkan Menteri Kesihatan itu bertanding di kerusi yang dikatakan sukar untuk bekas ahli Parlimen Rrmbau itu menang.