14 NOV : Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda pantai tenggara wilayah Mie, kata agensi cuaca, hari ini, lapor Xinhua.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran berlaku pada jam 5.09 petang waktu tempatan itu terletak pada latitud 33.6 darjah utara dan longitud 137.5 darjah timur.
Gempa itu berlaku pada kedalaman 350 kilometer, kata JMA.
Gempa bumi itu, dirasai sejauh wilayah Aomori di utara dan wilayah Shizuoka di selatan, mencatat 4 pada skala intensiti seismik Jepun yang memuncak pada 7, di wilayah Fukushima dan Ibaraki, kata JMA.
Ia juga mencatat 3 pada skala seismik di beberapa wilayah, termasuk Tokyo, Chiba, Saitama, Tochigi, Kanagawa, kata agensi cuaca.