14 NOV : Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan 18 dan 19 Nov ini sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan rakyat pulang mengundi.
“Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan keluarga Malaysia mengundi,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Bangunan Ceupacs, Putrajaya.
Katanya, ia dibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia keluar mengundi.
Selain daripada kerajaan pusat, kerajaan Selangor dan kerajaan Pulau Pinang juga telah bersetuju memberi cuti umum pada 18 Novermber ini bagi mempermudahkan urusan pengundi.