15 NOV : Sejumlah 94.72% atau 212,961 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi satu kenyataan hari berkata, proses mengundi awal bagi PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah yang bermula pada jam 8.00 pagi telah ditutup pukul 5 petang tadi.
Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.
“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia media dan semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya dalam kenyataan itu.