15 NOV : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyanggah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kesediaan parti gabungan itu untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).
Muhyiddin menerusi sau kenyataan hari ini berkata, PN tidak pernah memberi mandat kepada pemimpin PAS itu untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan, selepas PRU15.
Muhyiddin berkata tujuan PN bertanding pada PRU15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.
“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, Perikatan Nasional akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya.