nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lantik yang benar-benar layak saja sertai Kabinet

16 NOV : Ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mengecilkan saiz Kabinetnya jika dilantik semula pada penggal akan datang disambut baik.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ia merupakan hasrat rakyat untuk melihat kerajaan baharu memastikan menteri yang dilantik benar-benar layak bukan semata-mata kerana kepentingan politik.

“Namun ia menjadi cabaran juga jika pilihan raya kali ini menyaksikan berlaku kerajaan campuran yang melibatkan beberapa kumpulan parti, maka mungkin terpaksa memenuhi permintaan kumpulan-kumpulan ini.

“Tapi yang penting hasrat untuk memastikan bahawa tidak lagi berlaku situasi di mana, jumlah menteri itu terlalu ramai hingga meningkatkan perbelanjaan. Pada masa yang sama jumlah itu tidak semestinya menjamin kecekapan kerajaan.

“Dengan itu saya lihat langkah mengurangkan saiz jemaah menteri sesuatu yang dialu-alukan oleh rakyat,” katanya kepada BBC Portal.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Semalam, Ismail Sabri dalam Program Khas Bersama PM : Kestabilan dan Kemakmuran yang disiarkan beberapa stesen TV mengakui saiz kabinetnya terlalu besar dan berjanji akan mengecilkannya serta mengambil kira kepakaran untuk membentuk kabinetnya nanti.

Malah Ismail Sabri berkata, beliau akan melawan karenah birokrasi dalam agensi dan jabatan kerajaan yang sering menjadi rungutan pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Dr Ahmed Razman berkata sebelum ini kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan karenah birokrasi itu seperti penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang melibatkan menteri-menteri berkaitan membuat keputusan dengan segera supaya dapat dilaksanakan intervensi atau langkah-langkah menangani inflasi.

Katanya, langkah Ismail Sabri untuk melawan karenah birokrasi memerlukan pelaksanaan dasar yang tidak terganggu atau terjejas disebabkan oleh beberapa prosedur lapuk yang mungkin melibatkan banyak lapisan ataupun kelulusan.

Jelasnya, situasi selepas pilihan raya kali ini dijangka akan lebih mencabar dari segi ekonomi kerana pertumbuhan ekonomi global diramalkan perlahan namun katanya pada masa yang sama banyak peluang yang boleh diambil berikutan ratifikasi kerajaan terhadap dua perjanjian bebas antarabangsa terbesar iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Oleh itu, hanya kerajaan yang cekap dan stabil serta efisien mampu memastikan segala peluang yang muncul tahun depan itu dapat diambil sebaik mungkin dan juga mana-mana ancaman terutama faktor luaran seperti isu krisis Rusia-Ukraine, Amerika Syarikat-China ataupun kelembapan ekonomi ini, segala ancaman itu dapat ditangani dengan lebih berkesan kerana tidak ada penghalang kepada sesuatu keputusan itu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis dari Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata Ismail Sabri sewajarnya diberikan sekurang-kurangnya satu penggal untuk membuktikan kemampuannya mentadbir negara.

Namun akuinya, banyak yang dapat ditonjolkan oleh perdana menteri kesembilan itu dalam tempoh pentadbiran yang singkat.

“Sebenarnya singkat sangat tapi seeloknya beri beliau satu penggallah. Sekurang-kurangnya satu penggal baru dapat buktikan berjaya atau tidak yang dirancangkan dalam pentadbiran itu.

“Beliau pun dah rancang banyak perkara. Ada yang sudah dicapai dan ada yang masih belum. Contohnya akta anti lompat parti berjaya dilaksanakan pada zamannya.

Pemulihan ekonomi pun sekarang kita berada dalam keadaan yang agak okay juga walau belum sampai tahap terbaik.
“Cuma tak sempatlah beliau nak buat semua kerana di tengah-tengah pentadbiran terpaksa membubarkan Parlimen,” katanya.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.