16 NOV : Bekas Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dihalang daripada memasuki Sarawak, sebaik tiba di Kuching pada jam 5 petang tadi, di mana beliau dijadualkan menghadiri ceramah di Batu Kawa malam ini.
Rayer berkata, pihak imigresen negeri telah tidak memberi kebenaran untuk masuk ke negeri itu namun tiada alasan diberikan pihak tersebut.
Beliau menganggap keputusan untuk menghalangnya daripada masuk ke negeri itu adalah “tidak adil”.
“Saya rakyat Malaysia bukan? Kenapa saya dilarang melancong secara bebas di negara sendiri,” katanya seperti mana laporan sebuah portal.
Rayer mempersoalkan mengapa terdapat sekatan perjalanan untuk rakyat Malaysia dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, sedangkan negara itu adalah sebuah negara demokrasi.
Rayer dijangka terbang pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Sarawak mengekalkan kuasa autonomi dalam hal imigresen sebelum ini pernah melarang ahli politik lain, terutamanya daripada pembangkang, daripada memasuki negeri itu.
Selain Rayer, pemimpin DAP yang pernah dihalang masuk ke negeri itu ialah Tony Pua dan Teresa Kok adalah antara mereka yang telah dihalang pada masa lalu.
Ini termasuk pemimpin PKR seperti Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Tian Chua and R Sivarasa.