16 NOV : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 Nov bagi membincangkan penetapan tarikh penting untuk urusan pilihan raya umum bagi Parlimen Padang Serai, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M Karupaiya, hari ini.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya dan satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu.
Menurut Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.