nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peluru berpandu sesat di Poland datang dari Ukraine

17 NOV : Sebuah peluru berpandu sesat yang terhempas di dalam Poland mengorbankan dua amangsa disahkan ditembak oleh pertahanan udara Ukraine dan bukannya serangan Russia, seperti mana didakwa sebelum ini.

Ia sekali gus menghapuskan kebimbangan antarabangsa bahawa perang boleh merentasi sempadan kerana Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) perlu mempertahankan Poland yang menganggotainya.

Namun, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, berkata, Russia masih dipersalahkan kerana memulakan perang dengan menceroboh Ukraine pada Februari lalu dan melancarkan beberapa peluru berpandu Selasa lalu hingga mencetuskan kebimbangan pertahanan Ukraine.

“Ini bukan salah Ukraine. Russia harus memikul tanggungjawab muktamad kerana ia meneruskan perang haramnya terhadap Ukraine,” katanya.

Susulan itu, Duta NATO mengadakan rundingan tergempar untuk bertindak balas terhadap letupan yang mengorbankan dua orang di kemudahan bijirin di Poland berhampiran sempadan Ukraine.

“Daripada maklumat yang kami terima dan ada pada sekutu kami, ia adalah roket lama jenis S-300 buatan Kesatuan Soviet yang kini digunakan baik oleh tentera Russia dan Ukraine.

“Kemungkinan besar ia ditembak oleh pertahanan anti-pesawat Ukraine,” kata Presiden Poland, Andrzej Duda.

Bagaimanapun, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menegaskan ia bukan peluru berpandu Ukraine dan menggesa Ukraine dimasukkan dalam penyiasatan tapak letupan di Poland untuk menentukan fakta.

Susulan kenyataan bercanggah Ukraine, jurucakap Jabatan Negara di Washington berkata, mereka menyedari komen Zelenskiy, tetapi tidak mempunyai sebarang maklumat yang bercanggah dengan penemuan awal Poland.

Sebaliknya, Kementerian Pertahanan Russia berkata, tiada satu pun peluru berpandunya melakukan serangan lebih daripada 35 kilometer (km) dari sempadan Poland, dan gambar serpihan di Poland menunjukkan ciri-ciri peluru berpandu pertahanan udara S-300 Ukraine.

Berikutan itu, Poland menyatakan ia mungkin roket S-300 lama, sistem peluru berpandu era Kesatuan Soviet yang digunakan oleh Russia dan Ukraine, sekali gus memberi kelegaan terhadap kebimbangan diseret ke kancah peperangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.