nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : 4 iltizam Ismail Sabri jika BN kembali diberi mandat

17 NOV :  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan empat iltizam beliau untuk Malaysia sekiranya diberi peluang meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata iltizam pertama adalah menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia, manakala kedua, menyuburkan kemakmuran ekonomi serta pembangunan negara.

Yang ketiga menurut Ismail Sabri adalah memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras Perlembagaan Persekutuan serta keempat, memperkasa integriti tadbir urus negara.

“Inilah iltizam saya untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita. Saya, Ismail Sabri Yaakob dengan rendah diri, memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang.

“Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami berserah. Undilah Barisan Nasional. Terima Kasih Keluarga Malaysia!” katanya dalam kenyataan Amanat PRU beliau hari ini.

Ismail Sabri berkata menggalas tanggungjawab menerajui negara bermula 21 Ogos 2021, bukanlah satu tugas yang mudah apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga dalam penggal yang sama (2018-2022), selain berlaku peralihan tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun, adalah episod gelap kepada negara.

Menurut Perdana Menteri, ketika itu negara berdepan ancaman pandemik COVID-19 dengan jumlah pesakit harian mencecah puluhan ribu, mengorbankan ratusan rakyat sehari sehingga menyebabkan fasiliti perubatan hampir lumpuh.

Tidak cukup dengan itu katanya, negara berdepan krisis ekonomi dengan jumlah pengangguran meningkat lebih 700,000 orang dan banyak sektor perniagaan terpaksa gulung tikar serta rakyat hilang mata pencarian.

“Sepanjang tempoh 15 bulan, inilah 15 inisiatif yang telah kita capai bersama. Hari ini, keadaan bertambah baik dan kita mampu bergerak maju ke hadapan, namun masih banyak yang perlu kita laksanakan untuk menjadi sebuah negara bangsa yang teguh bersama dan kembali dihormati di persada dunia.

“Pada 19 November ini, Keluarga Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan negara ini terus ditadbir dengan baik,” katanya selaku penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004 yang bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Asmawi Harun (Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Calon perdana menteri parti yang bertanding pada PRU15 adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.