18 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 kepada semua penjaja dan peniaga kecil di seluruh Malaysia hari ini.
Menurut Ismail Sabri, Kerajaan sentiasa berusaha mengangkat dan mengetengahkan peranan komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk sama-sama memacu kemakmuran negara.
Katanya, pelbagai kemudahan disediakan kerajaan termasuk pengurangan 50 peratus sewaan premis, pengecualian sewaan tapak berniaga serta pengecualian fi lesen penjaja dan peniaga kecil sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya juga pernah menjadi penjaja dan peka dengan keperluan mereka.
“Program Pendigitalan Penjaja dan Peniaga Kecil Warongku juga turut membantu golongan penjaja untuk mendigitalkan perniagaan mereka.
“Program Pembiayaan Mikro tanpa faedah berjumlah RM50,000 secara dalam talian untuk penjaja dan peniaga kecil.
“Terima kasih kerana membantu memperkasakan ekonomi negara,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya.
Tegasnya, InsyaAllah akan lebih banyak insentif yang bakal beliau laksanakan untuk penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.