nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 20 juta rakyat Malaysia akan mengundi esok

18 NOV : Tidak sampai 24 jam lagi untuk lebih 20 juta rakyat Malaysia yang layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), petugas pilihan raya di seluruh negara giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan proses pengundian esok, berjalan lancar.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi di sekitar ibu negara mendapati kerja-kerja yang dilakukan antaranya menyusun atur saluran serta kelengkapan mengundi, menyediakan petak undi serta memasang garisan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penyelaras pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul bagi Parlimen Batu Nurazurah Hashim berkata persiapan yang dilakukan sejak 10 pagi tadi sudah mencapai lebih 80 peratus setakat pukul 5 petang ini.

“Terdapat seramai 75 petugas termasuk guru, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis akan bertugas esok bagi menjaga lapan saluran di sini melibatkan 4,911 pengundi di sekitar Bandar Baru Sentul.

“Bagi kemudahan Orang Kurang Upaya dan warga emas, kerusi roda dan tanjakan turut disediakan. Untuk peti undi, ia hanya akan dibawa masuk ke pusat mengundi seawal pukul 6 pagi esok diiringi pihak polis,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Sementara itu, Penyelia Pusat Pengundi Wangsa Maju Selatan Noor Liana Ismail berkata kerja-kerja yang sedang dilakukan di SMK Pendidikan Khas Setapak yang merupakan antara pusat mengundi bagi Parlimen Wangsa Maju ketika ini antaranya meletakkan tanda-tanda arah dan informasi mengenai undi melibatkan 26 petugas.

Di SELANGOR, tinjauan Bernama di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Dewan Besar Tanjung Seksyen 16 Shah Alam yang menjadi pusat penjumlahan undi masing-masing bagi Parlimen Kota Raja dan Shah Alam mendapati persiapan berjalan lancar.

Di MELAKA, persiapan akhir berjalan lancar termasuk penyediaan bilik isolasi bagi pengundi COVID-19 serta laluan berbumbung bagi keselesaan pengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Ping Ming yang keseluruhannya melibatkan 48 pusat mengundi membabitkan 2,180 petugas bagi Parlimen Kota Melaka.

Di NEGERI SEMBILAN, Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali yang juga Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Seremban berkata persiapan untuk hari pengundian kini mencecah 80 peratus setakat tengah hari dengan penglibatan lebih 2,100 petugas.

“Sebanyak 54 tempat mengundi diadakan membabitkan 279 saluran pengundian di Parlimen Seremban esok, persiapan sudah hampir selesai cuma tinggal nak bawa alat-alat termasuk dakwat, pelekat dan sebagainya sahaja,” katanya.

Di JOHOR, tinjauan Bernama di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Daerah Simpang Renggam, dekat Kluang, mendapati petugas SPR melakukan proses semakan peti undi dan peralatan ketua tempat mengundi bagi Parlimen Simpang Renggam seawal pukul 9 pagi tadi.

Pegawai Pengurus SPR Parlimen Simpang Renggam Abdul Hakim Abd Manap berkata proses semakan itu berjalan lancar dengan semua peralatan telah lengkap dan bersedia untuk digunakan pada hari pengundian esok.

Di KEDAH, persiapan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Alor Setar di Dewan Maktab Mahmud berjalan lancar terutamanya melibatkan proses pemeriksaan peti undi sebelum diagihkan ke pusat mengundi masing-masing esok.

Para petugas SPR juga giat melakukan semakan akhir bagi persiapan tersebut melibatkan 199 peti undi yang akan diagihkan kepada 44 pusat mengundi bagi Parlimen itu dan para petugas akan mula keluar mengagihkan peti undi tersebut seawal 4 pagi esok.

Di PULAU PINANG, Jurucakap SPR Pulau Pinang berkata seramai 18,060 petugas ditempatkan di 331 pusat mengundi di negeri ini yang diketuai 13 Pegawai Pengurus SPR bagi setiap Parlimen dan segala persiapan berjalan lancar dan kini di peringkat akhir dan petugas juga telah siap sedia untuk bertugas di 2,134 saluran undi di seluruh negeri.

Berdasarkan tinjauan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Pinang di sini juga mendapati petugas bagi Parlimen Tanjong sedang giat melakukan pemeriksaan kelengkapan seperti peti undi dan sebagainya untuk dibawa ke pusat-pusat mengundi bagi Parlimen Tanjong.

Di TERENGGANU, proses membawa peralatan mengundi termasuk kotak-kotak berisi kertas undi ke kawasan pulau dan pedalaman dilakukan menggunakan helikopter.

Tinjauan Bernama di Padang Astaka Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri mendapati kertas undi diterbangkan menggunakan helikopter ke pusat pengundian di Pulau Redang pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Selain pusat mengundi di Pulau Redang, kotak berisi kertas undi turut diterbangkan dengan pengangkutan udara ke pusat mengundi di Pulau Perhentian dekat Besut dan pusat mengundi di Pasir Raja dekat Hulu Dungun.

Di PAHANG, Pengarah SPR Negeri Datuk Zamree Hamli berkata sebanyak 522 pusat mengundi dibuka esok di seluruh negeri, dengan 18,558 petugas ditempatkan di pusat mengundi yang diketuai 14 pegawai pengurus setiap Parlimen.

Tinjauan Bernama di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan hari ini, mendapati petugas SPR melakukan semakan akhir bagi memastikan proses mengundi esok berjalan lancar, yang keseluruhannya melibatkan 25 pusat mengundi bagi Parlimen Kuantan membabitkan seramai 1,183 petugas.

SPR menetapkan esok sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya.

Di Putrajaya, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya Shamshul Joehari Zainal Mokhtar berkata persiapan di 11 pusat pengundian bagi Parlimen itu berjalan lancar.

“Pengundi dinasihatkan datang awal untuk memastikan proses lancar tanpa perlu bersesak.

Apa yang kita harapkan tiada pengundi datang dengan memakai baju yang mempunyai logo parti, ia tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata seramai 410 anggota polis ditugaskan untuk memastikan proses pengundian di Putrajaya berjalan lancar.

Katanya, tiada jalan yang ditutup kerana pihaknya mahu semua turun menjalankan tanggungjawab mengundi pada PRU15 ini.

“Semua pengundi yang hadir perlu patuhi arahan ditetapkan… jangan kelam kabut, polis akan bantu semua yang hadir ke pusat pengundian,” katanya.

Parlimen Putrajaya mempunyai pengundi berdaftar berjumlah 42,881 orang.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.