nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selamatkan UMNO daripada diharamkan buat kali kedua

18 NOV : Barisan Nasional (BN) perlu menang besar pada pilihan raya kali ini bagi menyelamatkan UMNO daripada percubaan untuk dibubarkan pada kali kedua sejak tahun 2018, demikian tegas Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, selepas BERSATU membentuk kerajaan Pakatan Harapan, salah satu langkah utama pemimpin utama BERSATU ketika itu, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Tun Mahathir adalah cuba untuk mengharamkan parti UMNO.

Jelasnya, tindakan ini dilakukan untuk menghapuskan pengaruh akar umbi dan kedudukan parti berteraskan Melayu supaya parti Bersatu boleh mengambil peranan dan menguasai undi Melayu.

“Malah saya sendiri diminta oleh Mahathir untuk membubarkan parti UMNO dan membawa kesemua ahli UMNO dan ahli parlimen menyertai parti BERSATU secara besar-besaran.

Apabila saya menolak dan tidak mahu memenuhi permintaan tersebut saya terus dikenakan pendakwarayaan terpilih.

“Saya juga diaibkan, diperlekehkan malah dilabelkan sebagai kluster mahkamah secara berulang-ulang diberikan persepsi tersebut selama bertahun-tahun.

“Malah ada menggunakan tuduhan jelik tersebut bukan sahaja untuk memburukkan nama saya, malah digunakan untuk memburukkan nama parti UMNO,” katanya menerusi satu catatan di Facebook miliknya hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, apabila beliau didapati tidak bersalah pertuduhan 40 kes perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi masih ada yang busuk hati dan terus cuba mengaibkan dirinya sekeluarga.

“Yang peliknya pemimpin Lim Guan Eng dan Syed Saddiq juga berdepan kes mahkamah tidak pula dilabelkan sebagai kluster mahkamah.

“Memang harga memperjuangkan dan mempertahankan UMNO sangat tinggi untuk ditanggung oleh saya sekeluarga.

“Akan tetapi demi maruah dan harga diri UMNO maka marilah kita seluruh ahli dan pendukung BN menegakkan kebenaran menuju sebuah negara hukum yang berdaulat,” ujarnya lagi.

Tegasnya Ahmad Zahid, satu undi kepada Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad serta sekutu mereka adalah satu undi untuk percubaan mengharamkan UMNO selepas pilihan raya ini.

Ingatlah! Muhiyiddin kata UMNO akan dihanyutkan di dalam Sungai Muar.  Jangan biarkan UMNO terus diperlekeh dan kita berdiam diri. Selagi watak tersebut berada di PN dan GTA juga di PH selagi itulah UMNO dalam bahaya besar.

“Selamatkanlah UMNO, undilah BN demi mempertahankan maruah dan harga diri UMNO daripada diaibkan, diperkotak-katik dan diperlekeh oleh musuh BN!,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.