PRU15 : Tiada insiden buruk, luar biasa di hari pengundian
19 NOV : Tiada insiden buruk atau luar biasa dilaporkan kepada pihak polis setakat ini ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berlangsung.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini proses mengundi terkawal.
Acryl hari ini lmelakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kertas, Batu Caves, hari ini.
Setakat ini menurutnya, pihak polis hanya menerima rungutan orang ramai mengatakan tempoh menunggu untuk mengundi begitu lama, hingga ada yang mengambil masa lebih dua jam.
“Pengundi berpusu-pusu keluar mengundi, nampaknya mereka tidak begitu mengikuti masa cadangan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.
Setakat 12 tengah hari, menurut SPR kira-kira 42 peratus telah keluar mengundi.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih termasuk 20,853,681 pengundi biasa.