nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR tetapkan 7 Disember hari pengundian DUN Tioman

19 NOV : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Disember sebagai tarikh baharu pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang yang tidak berlangsung hari ini berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata menerusi satu kenyataan berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini dan pengundian awal pada 3 Disember depan.

Tempoh berkempen pula menurutnya ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) hingga jam 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).

“Urusan permohonan undi pos bagi PRU15 DUN N42 Tioman, Pahang dibuka daripada 19 November (Sabtu) dan ditutup pada 22 November (Selasa).

“Untuk permohonan undi pos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media) hendaklah memohon secara manual menggunakan borang 1A dimuat turun daripada portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke pejabat pegawai pengurus P091 Rompin.

“Bagi permohonan undi pos kategori 1B (warga Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori 1C (agensi atau organisasi) dilaksanakan secara dalam talian. Untuk pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut boleh hubungi unit pengurusan undi pos di talian 03-8892 7040,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kata Abdul Ghani lagi, SPR melantik pegawai daerah Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek dibantu enam penolong pegawai pengurus bagi menjalankan proses PRU15 DUN Tioman.

Katanya, turut ditubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen bertujuan pemantauan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen.

Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah,Rompin, Pahang akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU).

“Calon layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke PPC bagi cabutan undi menentukan giliran pada kertas undi.

“Bakal calon baharu hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya,” katanya.

Selain itu, Abdul Ghani berkata, seramai 429 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU15 DUN terbabit, manakala keseluruhan 19 pusat mengundi dengan 54 saluran mengundi.

“PRU DUN itu memerlukan peruntukan RM3 juta, selain mengandungi seramai 28,465 pemilih yang terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi luar negara,” katanya.

Urusan PRU bagi kerusi DUN itu ditunda berikutan kematian seorang calonnya iaitu dari Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, 61.

Md Yunus dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Rompin dan disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan.

Sebelum ini, Md Yunus daripada PAS, bertanding di kerusi sama pada PRU14. Allahyarham adalah Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman dan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Pada hari pengundian, Allahyarham sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain (UMNO), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH-AMANAH), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Pemergian Md Yunus adalah kematian kedua membabitkan calon bertanding pada pilihan raya kali ini selepas calon PH bagi Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya, 69, yang juga penyandang kerusi itu, meninggal dunia pada Rabu lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.