19 NOV : Seorang warga emas, berusia 79 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya dipercayai hanya beberapa minit selepas mengundi hari ini.
Lelaki itu baru sahaja menjalankan tanggungjawabnya di pusat mengundi SJKC Batu 11 di Cheras, Kuala Lumpur, dan dipercayai menaiki keretanya untuk memandu pulang, lapor Sin Chew Dail
Beberapa orang yang lalu lalang perasan sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu, walaupun tidak jelas apa yang diperhatikan mereka.
Mereka memanggil ambulans tetapi anggota paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.
Menurut kakitangan perubatan, lelaki itu tinggal di Batu 9, Cheras, dan jarinya ditanda dengan dakwat kekal, menunjukkan beliau telah mengundi lebih awal.