nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri menghadap Agong di Istana Negara

21 NOV : Kereta Audi berwarna hitam membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat masuk ke Istana Negara, petang ini.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri tiba pada jam 2.50 petang, diiringi kereta dan motosikal polis. Ismail Sabri juga sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada pengamal media yang menunggu sejak jam 9 pagi.

Terdahulu pada jam 2.26 petang, kereta Audi berwarna sama membawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, keluar dari pintu satu Istana Negara, diiringi motosikal dan kereta polis.

Baginda turut menurunkan tingkap dan melambai kepada pengamal media.

Tumpuan terarah di Istana Negara apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 2 petang esok.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memanggil ketua-ketua parti untuk menghadap baginda bagi mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti.

Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berfungsi sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sebelum kerajaan baharu dibentuk menurut pakar perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Buat masa ini menurut beliau, Ismail Sabri juga masih menjadi Perdana Menteri caretaker mengikut amalan perlembagaan.

“Jadi prinsip-prinsip kerajaan caretaker itu masih lagi terpakai. Walaupun baru-baru ini sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) kebanyakan menteri menganggap mereka telah mencapai hari akhir, perpisahan dan sebagainya.

“Namun dari segi undang-undang sememangnya kerajaan caretaker masih lagi berlangsung dan berfungsi sehingga kerajaan baharu dibentuk.

“Situasi sama pernah berlaku di Belgium pada tahun 2010 hingga 2011 apabila kerajaan Belgium meneruskan pentadbiran selama 589 hari tanpa kerajaan yang dipilih, lebih setahun selepas pilihan raya umum diadakan pada Jun 2010,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau menambah Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar dan polisi baharu walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

“Kerajaan sementara hanya boleh menjaga hal ehwal harian tetapi tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar,” ujarnya.

Setakat ini belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU144) pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.