21 NOV : Satu tangkap layar yang memaparkan perbualan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam grup aplikasi Whatsapp Ketua-Ketua Bahagian UMNO Malaysiamenyatakan bahawa beliau sedia dipecat daripada bekerjasama dengan Pakatan Harapan kini sedang tular di media sosial.
“Saya sedia dipecat, tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).” begitulah kenyataan yang didakwa daripada Naib Presiden UMNO dalam tangkap layar yang dimuat naik dalam media sosial anaknya, Nina.
Tangkap layar perbualan itu dimuat naik Nina Ismail sekitar pukul 5 petang tadi di akaun Instagramnya.
Nina turut membuat komentar iaitu “biar tidak berkuasa, jangan tidak berprinsip”.