23 NOV : Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendiriannya untuk membentuk kerajaan dan akan terus menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Fadillah Yusof seperti yang dilaporakan Sin Chew Daily berkata, GPS juga telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri.
Fadillah, naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mengetuai delegasi pemimpin GPS di Istana Negara pagi ini.
Beliau mengesahkan hanya empat pemimpin gabungan menghadap Agong, termasuk Alexander Nanta Linggi, Richard Riot Jaem dan Tiong King Sing, selain dirinya