24 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.
Perkara berkenaan juga menurut beliau sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
“Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (tubuhkan kerajaan), dan (kini) kita sudah bereskan, Alhamdulillah.
“Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan, iaitu Isnin,” katanya pada sidang media di Kajang hari ini.