25 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Kenderaan yang membawa beliau tiba di perkarangan bangunan Perdana Putra jam 9.52 pagi.
Perdana Menteri sempat melambaikan tangannya ke arah pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan sebaik tiba di pintu protokol,
Beliau mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Ahli Parlimen Tambun itu akan menuju ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.
Antara individu yang turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.