26 NOV : Presiden Peru Pedro Castillo melantik Betssy Chavez sebagai perdana menteri baharu pada Jumaat, menggantikan Anibal Torres yang meletak jawatan.
Torres meletakan jawatan pada Khamis selepas Kongres menolak permohonan usul undi percaya.
Chavez yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri kebudayaan dan menteri buruh, bakal menghadiri majlis mengangkat sumpah jawatan yang diadakan di Istana Kerajaan di Lima, lapor Xinhua.
Pelantikan beliau di tengah-tengah ketegangan baharu antara cabang eksekutif dan perundangan yang dicetuskan oleh peletakan jawatan Torres.