26 NOV : Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Perkara itu dimaklumkan melalui Facebook HRH Crown Prince of Johor kira-kira sejam lalu, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi.
Turut berangkat Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semalam mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.