29 NOV : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan ke atas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berikutan laporan polis yang mendakwa beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.
Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung tuduhan yang didakwa dilakukan Abdul Hadi.
“Kes ini dikehendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Kes itu menurutnya disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 kanun sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu tular satu hantaran di laman Facebook Perikatan For Malaysia yang mengatakan Anwar mendapat pertolongan untuk dilantik sebagai perdana menteri dan menjadi ejen kepada Israel.